Pada suatu hari,Muawiyah berkunjung ke rumah bapa saudaranya yang bernama Abu hashim. Dilihatnya Abu hashim sedang menangis teresak2. Muawiyah berasa hairan, apakah gerangan yang menyebabkan Abu hashim berkeadaan begitu.
" wahai bapa saudaraku, apakah yang menyebabkan engkau berkeadaan demikian? Adakah engkau sakit ataupun ada masalah dunia yang terlalu menyulitkan kehidupanmu? tanya Muawiyah ingin tahu.
Tidak wahai anakku, jawab Abu hashim dalam sedu sedan. " Aku tidak sakit dan tidak juga disebabkan kesulitan dunia, sebaliknya aku menangis kerana rasulullah SAW telah menyampaikan kepadaku suatu ajaran yang belum dapat aku lakukan. Aku bimbang kalau aku mati sebelum aku sempat mengamalkan ajaran tersebut.
" Apakah ajaran baginda itu wahai bapa saudaraku? tanya Muawiyah lagi.
" Aku masih ingat rasulullah SAW bersabda : Jika kamu hendak menghimpunkan harta memadailah dengan kamu mempunyai seorang khadam dan juga sebuah kenderaan untuk fisabilillah.
" tetapi apabila aku renung dan kaji keadaan diriku sekarang ini ternyata aku tidak mengamalkan ajaran baginda. Aku tergolong dalam kalangan orang yang menghimpunkan harta, kerana aku telah menghimpun lebih daripada seorang khadam dan sebuah kenderaan.Itulah yang menjadikan aku sedih.
Justeru, kesimpulan yang boleh diambil daripada pengkisahan ini harta wajar di cari sebanyak mungkin, tetapi harta tersebut tidak mengongkong pemiliknya sehingga dia menjadi penghimpun harta dan tidak menjadikan harta itu sebagai alat untuk mencapai keredhoaan Allah SWT.
Harta yang banyak akan membolehkan pemiliknya melakukan zakat. Suatu ibadah yang hampir sama tarafnya dengan ibadah solat. Apabila seseorang itu menunaikan zakat bermakna harta yang dimilikinya dalam keadaan yang diredhoi Allah. Bukan setakat membayar zakat malah dia sentiasa ringan tangan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada bersedekah atau memberikan hutang secara tulus ikhlas bergantung kepada keadaan. Ini kerana, ada ketikanya memberi hutang itu lebih besar pahalanya berbanding sedekah.Ya Allah...apakah aku telah mengamalkan apa yang telah semua sunnah dan ajaran kekasihmu...Ampunilah aku hambamu yang hina ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan