Memaparkan catatan dengan label kisah sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah sahabat. Papar semua catatan

Ahad, 19 Jun 2011

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar,lalu ia bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.” Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

 Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!"

"Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditimpakan ke atas kamu." Ibn Athoillah

sumber : http://al-baihaqi91.blogspot.com/2010/11/sebuku-roti-sebuah-syurga.html

::Rahsia Tangisan hartawan::


Pada suatu hari,Muawiyah berkunjung ke rumah bapa saudaranya yang bernama Abu hashim. Dilihatnya Abu hashim sedang menangis teresak2. Muawiyah berasa hairan, apakah gerangan yang menyebabkan Abu hashim berkeadaan begitu.
" wahai bapa saudaraku, apakah yang menyebabkan engkau berkeadaan demikian? Adakah engkau sakit ataupun ada masalah dunia yang terlalu menyulitkan kehidupanmu? tanya Muawiyah ingin tahu.
Tidak wahai anakku, jawab Abu hashim dalam sedu sedan. " Aku tidak sakit dan tidak juga disebabkan kesulitan dunia, sebaliknya aku menangis kerana rasulullah SAW telah menyampaikan kepadaku suatu ajaran yang belum dapat aku lakukan. Aku bimbang kalau aku mati sebelum aku sempat mengamalkan ajaran tersebut.
" Apakah ajaran baginda itu wahai bapa saudaraku? tanya Muawiyah lagi.
" Aku masih ingat rasulullah SAW bersabda : Jika kamu hendak menghimpunkan harta memadailah dengan kamu mempunyai seorang khadam dan juga sebuah kenderaan untuk fisabilillah.
" tetapi apabila aku renung dan kaji keadaan diriku sekarang ini ternyata aku tidak mengamalkan ajaran baginda. Aku tergolong dalam kalangan orang yang menghimpunkan harta, kerana aku telah menghimpun lebih daripada seorang khadam dan sebuah kenderaan.Itulah yang menjadikan aku sedih.
Justeru, kesimpulan yang boleh diambil daripada pengkisahan ini harta wajar di cari sebanyak mungkin, tetapi harta tersebut tidak mengongkong pemiliknya sehingga dia menjadi penghimpun harta dan tidak menjadikan harta itu sebagai alat untuk mencapai keredhoaan Allah SWT.
Harta yang banyak akan membolehkan pemiliknya melakukan zakat. Suatu ibadah yang hampir sama tarafnya dengan ibadah solat. Apabila seseorang itu menunaikan zakat bermakna harta yang dimilikinya dalam keadaan yang diredhoi Allah. Bukan setakat membayar zakat malah dia sentiasa ringan tangan untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada bersedekah atau memberikan hutang secara tulus ikhlas bergantung kepada keadaan. Ini kerana, ada ketikanya memberi hutang itu lebih besar pahalanya berbanding sedekah.

Ya Allah...apakah aku telah mengamalkan apa yang telah semua sunnah dan ajaran kekasihmu...Ampunilah aku hambamu yang hina ini... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...