Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

My Anniversary - 9....

Bersama suami tersayang Syahiful bahry bin Razali....

Hari ni genaplah 9 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tercinta....terasa macam baru semalam jer perkahwinan kami...Ya Allah engkau satukan hati kami berdua bersama dengan kasih dan cinta kami kepadaMu Ya Rabb...Engkau yang menyatukan kami berdua...kepadaMu aku memohon untuk Engkau subur dan mekarkan kasih sayang kami bersama buah hati pemberianMu kepada Kami...Amin Ya Rabbal Alamin

Permata hati umi dan papa
kakak  ( Izzah Afifah )

Izzul Afiq dan Hana Humaira

Amir Hazim

Abdullah Fahmi

Permata hati umi dan papa...Umi doakan semoga anak - anak umi akan mendapat kebahagiaan dan kejayaan didunia dan akhirat...semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..anak - anak yang baik budi pekerti dan anak- anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul Nya ...Amin Ya Rabb....

Sabtu, 2 Julai 2011

::Sukaneka Tadika Surau Paya Nongmi,Changlon,Kedah::

Hari ni telah diadakan sukan tadika sekolah anak aku Si Hana Humaira.Seperti biasa tiap pagi akan dengar tangisan bila dikejutkan.Itulah Hana Humaira.Dipaksa juga ke sekolah sebab hari ni ada sukan.Nasib baiklah sukan diadakan di empat aku kerja,KMK,jadi tak payahlah aku nak pegi jauh2.Memang itu rutin setiap tahun,tadika akan sewa tempat kami untuk permainan anak2 tadika tu.Kira ok lah tu.Ada banyak juga acara yang dipertandingkan,cuma tak banyak macam selalu sebab kali ni diadakan di dalam dewan.Biasanya acara sukan dipadang,tetapi dek bertembung dengan larian 1Malaysia,jadi pihak kolej mengizinkan acara dijalankan di dalam dewan.Ok lah teduh la sikit.Dalam banyak acara 3 acara sahaja yang Si hana ni masuk.Bola pingpong dalam sudu,bola guli dan ikat tali kaki.Oklah dalam senyap dia,nak jugak bersukan walaupun sebelum tu muka kelat.Pagi2 dah ditegur orang.....ni adalah aku ambil aksi2 si hana semasa sukan untuk dikongsi...
 pagi- pagi dah kelat dah muka

baru nak tengok kamera...kawan2 siap posing dah

baru nak semangat sikit

acara ikat kaki...menang dapat no 1..go..go biru..

acara bawa biji guli

acara musikal chair...steady je duduk...tak menag pun,orang ke -3 terkeluar

penyokong kuat hana ...kakak...

penyokong kuat hana...abang...

penyokong setia...umi....go..go..hana...
papa sokong dari jauh je...huh...huh...huh...



 

Sabtu, 18 Jun 2011

::Selamat hari jadi Chu Na::


Semalam aku drive balik kg dengan anak2 aku sempena menghabiskan hujung minggu kami anak beranak tanpa suami tersayang.Minggu ni my Hubby tak bali kedah sebab hari ni mertua aku akan menunaikan umrah selama 2 lebih kurang 2 minggu.Jadi sebagai anak lelaki tugas dia untuk menghantar mertua aku ke airport petang ni...ok..takde masalah itulah tanggungjawabnya sebagai anak dan suami...seperti biasa aku akan drive sendiri ngan anak2..sampai dirumah mak aku bagitau hari ni birthday chu Na, adik aku yang bongsu.Untuk tidak menghampakan dia,aku keluar pulak ke pekan Jitra membeli kek birthday....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...lihatlah reaksi anak2 aku....menyibuk je masing2 time chu depa nak potong kek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...