Selasa, 28 Jun 2011

::Menyingkap tabir di sebalik Isra' dan Mi'raj - siri 4::

Kembali Ke Mekah.
“Orang-orang Quraish bertanya kepadaku tentang perjalanan Isra’ku, mereka bertanya beberapa hal berkenaan Bait al-Maqdis (Masjid al-Aqsa). Maka aku merasa kesulitan yang belum pernah aku alami sebelumnya (kerana tidak ingat secara tepat ciri-ciri Bait al-Maqdis). Lalu Allah mengangkat bagiku (binaan Bait al-Maqdis) sehingga aku dapat melihatnya. Mereka (orang-orang Quraish) tidak bertanya kepadaku sesuatu (berkenaan Bait al-Maqdis) melainkan aku dapat menerangkannya.” [Shahih Muslim, hadis no: 172]

Demikian pengakuan Rasulullah sekembalinya dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Apabila diceritakan pengalaman beliau ketika Isra’ dan Mi’raj, ramai di kalangan orang kafir Kota Mekah yang meragui dan mengingkarinya. Lalu salah seorang di antara mereka yang pernah sampai ke Bait al-Maqdis dan melihat Masjid al-Aqsa ingin menguji sejauh mana kebenaran cerita Rasulullah. Dia bertanya secara terperinci akan ciri-ciri binaan Bait al-Maqdis.

Oleh kerana peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku agak cepat kepada Rasulullah, baginda mengalami kesukaran untuk mengingati secara tepat ciri-ciri binaan Biat al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa. Kesukaran ini segera dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang diterangkan oleh baginda dalam hadis di atas.

Dalam rangka kita memperjuangkan agama Islam, sama ada menyebarkannya atau membelanya, kadangkala kita akan menemui cabaran dan kesukaran. Janganlah berputus asa, tetapkanlah keyakinan bahawa Allah akan membantu kita dengan cara-cara yang tidak disangka-sangkakan. Allah berjanji: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [Muhammad 47:07] Tentu saja janji ini dengan syarat kita telah melakukan segala usaha dan persiapan yang patut kerana Allah juga telah mensyaratkan: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” [al-Ra’d 13:11]

Demikian beberapa rahsia yang sempat saya singkap dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tentu saja terdapat banyak rahsia lain yang dapat disingkap oleh sesiapa sahaja yang mahu menelusuri hadis-hadis berkenaan peristiwa tersebut. Hanya saja perlu diperhatikan satu syarat yang penting, iaitu pastikan hadis-hadis tersebut berdarjat sahih atau hasan. Ini kerana dalam bab ini terdapat banyak hadis yang lemah dan yang lebih parah kelemahannya.
sumber:hafizfirdaus.com

 

::Menyingkap tabir di sebalik Isra' dan Mi'raj - siri 3::

Mi’raj Ke Langit.
Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan, setiap kali Rasulullah menaiki lapisan langit yang baru, baginda bertemu dengan seorang atau lebih Nabi. Perkataan pertama yang diucapkan ialah “Assalamu’alaikum!”. Sungguh, jika ini adalah ucapan antara sesama Nabi dan Rasul, maka sudah sepantasnya ia juga menjadi ucapan kita sesama umat Islam. Apatah lagi jika kita ingin melayakkan diri memasuki syurga, kerana Rasulullah telah mengingatkan: “Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan mengucap “Assalamu’alaikum”), nescaya kalian akan mewarisi syurga.” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 1466]

Lazimkanlah diri mengucap salam kerana ia adalah ucapan pertama yang ditujukan kepada kita setelah layak memasuki syurga nanti: “Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salamun ‘alaikum, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya.” [az-Zumar 39:73]


Ketika Mi’raj ke langit, Rasulullah menerima perintah pelaksanaan solat fardhu. Jika dibandingkan dengan ibadah yang lain seperti puasa, zakat dan haji, kesemuanya diperintahkan melalui wahyu ketika baginda berada di bumi. Hanya ibadah solat yang diperintahkan ketika baginda berada di langit. Ini sekali gus menunjukkan betapa istimewa lagi penting ibadah solat fardhu berbanding ibadah-ibadah yang lain.


Mengenai penerimaan perintah solat fardhu, Rasulullah menjelaskan: Maka Allah memfardhukan ke atas umatku lima puluh kali solat (dalam sehari). Akupun kembali dengan membawa kewajipan itu hingga akhirnya aku melintasi Nabi Musa, maka dia bertanya: “Apakah yang difardhukan oleh Allah kepada kamu untuk umatmu?” Aku (Rasulullah) menjawab: “Allah mewajibkan melaksanakan solat lima puluh kali sehari.” Nabi Musa berkata: “Kembalilah menghadap Tuhanmu (dan mintalah pengurangan) kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu (solat lima puluh kali sehari).” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 349]


Mendengar nasihat Nabi Musa itu, Rasulullah kembali menemui Allah beberapa kali sehingga akhirnya solat fardhu yang pada awalnya diperintahkan lima puluh kali sehari dikurangkan menjadi lima kali sehari sebagaimana yang kita lazim amalkan sekarang ini. Di sini terdapat satu rahsia yang berharga untuk disingkap, iaitu kesediaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar nasihat Nabi Musa ‘alaihis salam. Padahal tak sampai beberapa jam sebelum itu, baginda telah menjadi imam kepada Nabi Musa ketika mereka solat di Masjid al-Aqsa. Seandainya baginda bersikap angkuh sehingga enggan mendengar nasihat Nabi Musa, nescaya kita umat Islam dibebani dengan ibadah solat fardhu sebanyak lima puluh kali sehari.


Sikap kesediaan menerima nasihat, rendah diri untuk mendengarnya dan kelapangan jiwa untuk melaksanakannya merupakan ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya. Dengan sikap ini dia akan dapat membawa manfaat yang besar kepada dirinya dan orang-orang di bawah pimpinannya. Sebaliknya sikap angkuh, memilih “burung Kakak Tua” menjadi penasihat, tinggi diri (ujub) dan kesempitan jiwa hanya akan membawa mudarat kepada dirinya dan orang-orang di bawah pimpinannya.


Ketika sedang di-Mi’raj, Rasulullah berjumpa dengan satu kaum yang mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku yang diperbuat dari tembaga. Rasulullah bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibrail?” Beliau menjawab: “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan maruah mereka (ketika di dunia dahulu).” [Musnad Ahmad, hadis no: 13340 dengan sanad yang dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth] Yang dimaksudkan dengan memakan daging manusia ialah orang yang gemar mengumpat (ghibah), sebagaimana firman Allah:


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [al-Hujurat 49:12]

sumber:hafizfirdaus.com
 






::Menyingkap tabir di sebalik Isra' dan Mi'raj - siri 2::

Menjadi Imam Di Masjid al-Aqsa.
Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah mendapati para Nabi dan Rasul sebelum baginda sedang bersolat di sana. Lantas baginda turut bersolat menjadi imam bagi para Nabi dan Rasul tersebut. [Shahih Muslim, hadis no: 172] Rahsia di sebalik ini disingkap oleh Syaikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi:

“Para Nabi solat di belakangnya (Muhammad). Hal ini merupakan pemberitahuan mengenai ciri universal risalah baginda, keabadian kepimpinannya, kepiawaian ajaran-ajarannya serta kesesuaiannya dalam pelbagai ruang dan waktu.

  Peristiwa Isra’ telah terjadi dan telah mengisytihar bahawa Muhammad bukanlah dari kalangan para pemimpin atau para pemuka yang kemampuan dan perjuangan mereka tidak melampaui batas suku dan negeri. Bahawa Muhammad bukanlah sosok para pemimpin suatu komuniti yang hanya menyenangkan suku-suku yang melahirkan mereka dan lingkungan tempat asal mereka. Akan tetapi Muhammad berasal dari kalangan Nabi dan Rasul Allah yang membawa risalah langit ke bumi, membawa risalah Pencipta kepada yang dicipta, membahagiakan manusia dalam pelbagai suku dan golongan, dalam pelbagai masa dan generasi.” [al-Sirah al-Nabawiyah, ms. 162]

Setelah menjadi imam, Rasulullah di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke lapisan-lapisan langit. Di sini timbul satu persoalan, mengapa baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa dan bukannya tempat lain, seumpama Masjid al-Haram? Rahsia pertama yang dapat ditangkap ialah bagi membuktikan kemuliaan Masjid al-Aqsa bagi umat Islam. Namun terdapat rahsia kedua yang dapat disingkap, iaitu sebagai sindiran kepada kaum-kaum sebelum itu yang titik paksi mereka ialah Masjid al-Aqsa.

Sama-sama diketahui bahawa bumi Palestin ialah tempat diutus beberapa Rasul dan Nabi sebelum Rasulullah. Akan tetapi umat setempat telah menentang ajaran yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi tersebut. Sudah menjadi ketetapan Allah bahawa sesiapa yang menentang ajaran-Nya dan ajaran Rasul-Nya, maka mereka akan dibalas dengan kehinaan. Maka dengan itulah mereka disindir dan dihina, di mana peristiwa Isra’ dan Mi’raj menjadi kebanggaan kepada umat Muhammad dan bukan kepada diri mereka.

Di sini kita wajib mengambil iktibar bahawa kemuliaan atau kehinaan sesuatu umat bergantung kepada ketaatan atau penentangan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Jika taat, hasilnya ialah kemuliaan. Jika tentang, akibatnya ialah kehinaan. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan.” [al-Mujadalah 58:05]

Dalam perjalanan Isra’ tersebut, Rasulullah bertembung dengan beberapa lelaki yang menggigit bara api di dalam mulut mereka. Baginda bertanya: “(Wahai Jibrail), siapakah mereka?” Jibrail menjawab: “Mereka itu ialah para khatib di dunia yang menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang mereka lupa akan diri mereka sendiri; padahal mereka semua membaca Kitab (al-Qur’an), tidakkah mereka berakal (untuk memikirkannya)?” [Musnad Ahmad, hadis no: 12211 dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth. Ia merujuk kepada ayat 44 surah al-Baqarah]

Perkara di atas tidak hanya khusus kepada para khatib kerana dalam al-Qur’an Allah mengingatkan: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff  661:2-31
sumber:hafizfirdaus.com

::Menyingkap tabir di sebalik Isra' dan Mi'raj - siri 1::

“Atap rumahku dibuka, saat itu aku berada di Mekah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air Zam Zam. Kemudian didatangkan sebuah bekas yang dibuat daripada emas, yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup.”

Demikianlah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 349. Peristiwa di atas berlaku pada malam Isra’ dan Mi’raj, seketika sebelum baginda menaiki Buraq untuk meluncur sekelip mata dari Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Timbul persoalan, mengapakah perlu dicuci hati Rasulullah sebelum di-Isra’ dan di-Mi’raj? Ini adalah satu daripada beberapa rahsia yang boleh disingkap dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Peristiwa agung ini, yang berlaku sebelum baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, memiliki banyak pengajaran dan iktibar yang bermanfaat bagi sesiapa yang ingin merenunginya. Dalam penulisan ini, insya-Allah saya akan menyingkap beberapa rahsia yang sama-sama dapat kita jadikan pelajaran dan iktibar.
Kembali kepada peristiwa pencucian hati Rasulullah, salah satu rahsia terpenting yang dapat kita pelajari adalah kelayakan yang perlu dimiliki oleh hati sebelum ia dapat meraih keistimewaan yang bakal Allah berikan kepada tuan empunya. Hanya hati yang bersih layak untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah ketika Isra’ (surah al-Isra’, ayat 1) serta keindahan apa yang berada di atas langit dunia dan syurga ketika Mi’raj (surah al-Najm, ayat 13-18).

Manakala hati yang kotor, yang dicemari dengan kuman kedengkian, buruk sangka, dendam, angkuh, ujub, riya’ dan sebagainya, tidak layak untuk semua keistimewaan di atas. Maka dengan itu sesiapa yang menginginkan keistimewaan daripada Allah, hendaklah dia terlebih dahulu memerhatikan keadaan hatinya.

Menyentuh berkenaan kebersihan hati, peristiwa pencucian hati Rasulullah melalui pembukaan dada oleh Malaikat Jibrail merupakan satu mukjizat yang khusus kepada baginda. Adapun kita, maka tidak boleh ada satu bentuk pencucian seumpama itu. Pakej-pakej pencucian hati “sekali cuci bersih selamanya” yang ditawarkan oleh individu atau pihak tertentu adalah palsu belaka. Sebaliknya yang boleh dilakukan ialah usaha pendidikan, penyedaran, penerapan dan pembetulan yang dilakukan secara berulangan lagi berterusan oleh tuan empunya hati.
sumber:hafizfirdaus.com



 

::Tazkirah buat Isteri::

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.

Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"

Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.


Kedua
, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"

Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.
Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.
Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.
Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.


Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.
Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.

Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.
Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.


Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"

Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.
Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.


Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli



Isnin, 27 Jun 2011

::Kita lupa lagi::

Kita lupa atau terlupa?
“Alamak lupa la hari ini kena hantar shukudai(homework) bussei!”
“Lupa la nak letak baju dekat ampaian tadi, abisla busuk baju aku balik nanti.”
“Mana aku letak   pensel ni,tadi baru rasanya aku pegang “
Asyik terlupa saja, tapi itulah hakikat yang kita harus terima sebagai manusia. Al-insan yang berasal dari kata akar nasiya bererti lupa. Jadi tidak dapat dinafikan lagi sifat lupa itu memang ada pada manusia yang secara fitrahnya memang lemah. Tidak ada manusia yang sempurna sifatnya kecuali Rasulullah S.A.W.  Daripada seremeh-remeh benda sampailah kepada benda yang paling penting dalam hidup manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Kita lupa?
Dulu masa mula-mula Allah ciptakan kita, waktu tu kita masih di alam rahim, roh kita telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang taat. Eh, betul ke? Tak ingat pun.
“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.” (Kami lakukan yang demikian) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan , “Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini.[Al-A'raf 7:172]
Apabila kita sudah bersaksi  bahawa Allah adalah Tuhan kita, bermakna kita merupakan hambaNya. Sebagai seorang hamba kita perlulah patuh dan taat akan segala perintahNya  serta menjauhi segala laranganNya.
Kita lupa lagi?
Kemudian, kita dilahirkan ke muka bumi ini setelah dengan susah payahnya ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Disebabkan kita ni memang pelupa, Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNya:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan,sehingga apabila dia(anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai umurnya empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang Muslim.”[Al-Ahqaf 46:15]
Subhanallah besarnya pengorbanan seorang ibu. Sebanyak mana pun kebaikan yang cuba kita lakukan tidak akan terbalas jasa seorang ibu. Setitik air susu ibu telah membesarkan kami untuk terus hidup di muka bumi ini. Terima kasih ibu.
Kita seringkali  terlupa
Hidup sebagai makhluk Allah yang paling sempurna ciptaannya  membuatkan kita leka, lalai, asyik dengan segala tipu daya yang sebenarnya akan hancur tidak lama lagi yang kita sendiri tidak ketahui masanya. Kita melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati sehingga kita lupa betapa hinanya asal usul kita…
“Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah, kemudian dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina(air mani).”[As- sajadah 32:7-8]
Ya, itulah hakikatnya asal usul kita. Tidak ada yang perlu kita banggakan kerana kita hanyalah makhluk yang diciptakan dari setitis air mani yang cukup hina dan jijik
Cuba flashback balik, selama ini apa yang telah kita lakukan hingga kita terus-terusan berada di lembah kehinaan~
  • Di kala kesedihan menyelubungi diri, kepada siapa mengadu? Siapa lagi kalau bukan kekasih hati ? Kita rasa hanya dia yang mampu menghilangkan keresahan di hati ini.
  • Di saat kesakitan, kepada siapa kita minta penawar? Suara keluhan terus-terusan kedengaran.
  • Pada waktu kita diberi nikmat kegembiraan dengan siapa kita berkongsi kesenangan? Happy sungguh kita saat itu, rasa seolah-olah dunia ini kita yang punya.
  • Di kala kita kesunyian siapa orang pertama yang kita cari? Ke mana arah tuju kita saat itu.
  • Di waktu kelapangan, apakah benda yang paling kita suka lakukan? Masa berjam-jam sanggup dihabiskan untuk layan facebook? Bergayut dengan boyfriend?  Tengok movie?
Tanya diri kita, ke mana kita akan pergi selepas ini, jawapannya kita semua dah tahu. Kita ingin sangat menghuni syurga Allah, tapi begitukah sikap ahli syurga? Apa amalan kita sudah terlebih sehingga kita boleh lupakan apa yang  Allah peringatkan kepada kita. Jawapan kepada persoalan di atas:
“……….Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal…..” [Surah At-Taubah 9: 129]
Kalau betul ‘dia’ adalah kekasih hati kita, mampukah dia membaca segala isi hati kita, mampukah dia mengubati luka di hati ini. Kita silap jika jawapannya ya, kerana kalau betul kenapa kita perlu beritahunya apa yang terpendam di hati, kalau ya kenapa kita perlu luahkan apa yang ada di hati dan kalau betul kenapa kita perlu susah payah mengadu manja padanya yang pada hakikatnya tidak mengerti apa-apa pun. Kekasih hati kita hanyalah Allah kerana Dia lebih mengetahui isi hati kita.
“ Sungguh Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati. “[Surah Fatir 35:38]
Kita hanya tahu mengeluh dan mengaduh sahaja tanpa memikirkan hikmah di sebalik ujian sakit itu.  Kita seringkali mempersoalkan kenapa kita yang harus menanggung kesakitan, kenapa dan mengapa. Itulah yang sering kita luahkan membuatkan kita lupa untuk mencari penyelesaiannya.
” Dan kami turunkan al-Quran(sesuatu)  yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian .” [ Al-Isra' 17 : 82]
Sesiapa saja pasti gembira apabila dikurniakan nikmat kesenangan semasa hidup di dunia ini. Namun jangan kita lupa untuk bersyukur dan ingat lah setiap nikmat itu juga merupakan ujian.
“Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (kemegahan dunia) ” [At-Takasur 102:8]
Yang pasti setiap apa yang kita nikmati sekarang ini pasti akan diminta perhitungannya kelak dan Allah tidak lalai terhadap apa yang hambaNya kerjakan.
Rasa sunyi dan jiwa terasa kosong . Maka bermulalah misi syaitan untuk menyesatkan cucu Adam. Dibisikkan pada kita untuk melakukan kemungkaran. Tanpa kita sedari kita telah mengambil jalan yang mengundang kemurkaan Allah. Jangan, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah.
Kelapangan yang  sering menjadi tanda tanya  terutama bila waktu lepas exam bagi student la. Tidak tahu apa nak buat lantas buat keputusan tengok drama secara marathon,huhu..Astaghfirullahal’azim, ruginya kita semua bila teringat akan firman Allah:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. “[Al-'Asr 103:1-2]
Realiti hari ini telah membuktikan hikmah di sebalik Allah mengutus seorang Rasul untuk memberi peringatan kepada kita yang bernama insan.  Sinonim dengan sifat mudah lupa,kita perlu diberi peringatan untuk tidak terus berada di lembah kehinaan. Kitalah yang sering kali lupa dan menzalimi diri kita sendiri. Doa yang sering kita ucapkan dalam solat seolah-olah tidak memberi kesan langsung pada diri kita.
“Sesungguhnya  solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.”
Itulah yang sering dilisankan oleh lidah kita, tetapi adakah kehidupan seharian kita benar-benar menggambarkan apa yang kita ucapkan. Tepuk dada tanya iman. Sama-samalah kita panjatkan doa, moga terampun segala dosa kita.Amin.
p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.moga Allah menerima taubat kita dan permudahkan jalan menujuNya 

::Manfaat bertudung menurut Islam & Sains::

Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan diperlukan manusia dalam kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Di antara perintah Allah itu adalah bertudung bagi wanita muslimah.  Berikut ini beberapa manfaat bertudung menurut Islam dan ilmu pengetahuan.

1.    Selamat dari azab Allah (azab neraka)


Rasulullah SAW ada bersabda, “Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok laki-laki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip bonggol unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau surga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.


2.    Terhindar dari gangguan


Banyaknya gangguan seksual terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, “Sepeninggalku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita.” (HR. Bukhari)


Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi laki-laki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap hijab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi mangsa gangguan seksual. Hal ini telah terbukti dengan tingginya gangguan di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).

3.    Memelihara kecemburuan laki-laki


Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah subhanahu wata’ala tanamkan kepada hati laki-laki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.


“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)


Bila tudung ditanggalkan, rasa cemburu laki-laki akan hilang. Sehingga jika terjadi gangguan seksual maka  tidak ada yang akan membela.


4.    Akan seperti biadadari syurga (terpelihara kehormatan)


“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya.” (QS. Ar-Rahman: 56)

“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)

“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi.” (QS. Ash-Shaffaat: 49)


Dengan bertudung, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga. Iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa dirumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.


Dengan bertudung, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga.


5.    Mencegah penyakit kanser kulit


Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat gangguan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia, dan sebagainya.


Penelitian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.


Kanser tidaklah membeza-bezakan antara laki-laki dan wanita. Hanya saja, wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh kerana itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.


Oleh kerana itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutupi kulit. Salah satunya dengan bertudung. Kerana dengan bertudung, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Kerana hal itu sia-sia saja. Kerana sinar UV masih boleh menembus pakaian yang ketat apalagi pakaian yang jarang. Bertudung disini haruslah sesuai dengan kriteria tudung mengikut syariat islam.


6.    Melambatkan gejala penuaan


Penuaan adalah proses alamiah yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.


Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahwa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rusaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan keanjalan kulit.


Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Apatah lagi kemungkinan terdapat bahan-bahan kimia yang terkandung di dalamnya akan membawa kesan yang lebih teruk.


Nah, wahai muslimah-muslimah di luar sana....sudah terpanpang di depan mata betapa indahnya dirimu jika bertudung....( sumber : almuqarrabun.blogspot) 

::Jamu mata..:::

Subhanallah.......






::Jaga solat::


Nabi bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibn Majah )

Khamis, 23 Jun 2011

Nasyid: Satu Cinta





Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive
http://liriknasyid.com




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......


Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......


Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia



 

Rabu, 22 Jun 2011

::Kasih bapa::


Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
(di petik dari http://saifulislam.com/4108)

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

*
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (HR Imam Ahmad)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” (HR Muslim)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 24)

Sumber : lenggangkangkung-my.blogspot

 

::Permulaan penciptaan::

Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:

"Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku".

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya

"Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci".
"Mula-mula Allah ciptakan qalam".
"Mula-mula Allah ciptakan akal".

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan". (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, "Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku". Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

"Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah". 
(Surah Tin, ayat 15)

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani'. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia'. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

"Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi". (Surah Ta Ha, ayat 55)

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.

"Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku...". 
(Surah Shad, ayat 72)

Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka:
"Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!."

Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.

"Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah". (Surah Ibrahim, ayat 5)

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah'.

Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:

"Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)". (Surah Yusuf, ayat 108).

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, "Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar".

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.

"Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)". 
(Surah Kahfi, ayat 65).

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha dan berjuanglah. Allah memerintahkan:

"Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan". 
(Surah Imraan, ayat 133, 134).

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu. Baginda s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda, "Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian".

Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan syariat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syariat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syariat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat).

Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan. Dengan cara tersebut tidak mungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan penyembahan memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syariat dan makrifat. Allah berfirman tentang ibadat:

"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku'. Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya?

Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga bercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada rahsia cermin hati.

Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:

"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali".

Tujuan suci diciptakan manusia ialah supaya mereka mengenali Allah, memperolehi makrifat.

Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang itu perlu mengenali sifat-sifat Allah dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut. Satu lagi ialah mengenali Zat Allah. Di dalam mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Makrifat yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan diri zahir manusia. Ia terjadi di dalam jiwa atau roh suci manusia yang berada di dalam dirinya yang zahir ini.

"Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus". (Surah Baqarah, ayat 87).

Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka.

Kedua-dua makrifat tersebut diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek; hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan zahir tentang benda-benda nyata. Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan. Nabi s.a.w bersabda, "Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita".

Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan syariat. Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam alam sifat-sifat dan nama-nama ini. Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat). Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak dipersetujui oleh syariat malah, kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi. Keadaan ini boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya. Allah berfirman:

"Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Surah Kahfi, ayat 110).

Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana. Di sanalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.

Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama. Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah "La ilaha illah Llah". Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati.

Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya. Jika anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik. Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi hati.

"Dalam kebun-kebun kenikmatan...melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka". (Surah Waqi'ah, ayat 12 - 17 ).

"Melayani mereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan". (Surah Tur, ayat 24).

Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia. Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri. Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w, "Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus". Maksud ‘nabi' di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama. Dalam suasana kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah. Baginda s.a.w menggambarkan lagi suasana demikian, "Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci". Allah s.w.t berfirman:

"Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang". (Surah Qiamat, ayat 22 , 23).

Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:

"Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku".

Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.( Sumber : almuqarrabin.blogspot







Isnin, 20 Jun 2011

::Hidup sihat dengan serai::

Serai digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat malaysia. Baunya yang wangi, menambahkan aroma pada masakan lantas membangkitkan selera.
Serai merupakan herba yang sangat bermanfaat dalam pengubatan beberapa jenispenyakit biasa. Malah popular juga dalam pembuatan minyak wangi,lilin aroma dan sabun serta penghalau serangga.
Serai banyak tumbuh di kebanyakkan negara asia Pasifik. Untungnya kita di Malaysia, serai amat senang ditanam dan tumbuh subur walaupun hanya ditanam di dalam pasu..

INFO****Makanlah tomyam apabila tanda - tanda selesema mula dirasai, masaklah tomyam dan lebihkan serai. makan ketika masih panas. Serai adalah antara bahan utama di dalam tomyam justeru ia merangsang sistem imun tubuh, malah ia dikatakan baik untuk menentang kanser

Antara kelebihan serai:-
  • baik untuk mencegah kanser
  • menurunkan kolestrol
  • mengubat mata
  • anti bakteria dan antikulat
  • anti kemurungan  (  Majalah anis: mei )



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...