Isnin, 16 Januari 2012

Berlindung Dari Malapetaka


Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, "Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut)."

Aku berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?" Baginda menjawab’ "Seberapa yang banyak kamu kehendaki". Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika separuh?” beliau menjawab, “Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda menjawab "seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.(Hassan)

Huraian

1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.

2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.

4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.

5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.
##saya ambil artikel ni dari FB Dunia Macam - macam##

Rabu, 11 Januari 2012

Kek Batik

Resepi : Shikin @ Dari Dapur Ummi


Bahan-bahan
1 ketul Butter
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan Nestum
1 cawan air
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar milo
3 biji telur
Biskut Marie secukupnya


Cara-cara membuatnya (Dengan api perlahan)

1) Cairkan butter.
2) Kemudian masukkan satu persatu susu pekat, air dan telur. Kacau sebati
3) Masukkan pula serbuk koko, milo dan nestum. Pastikan api perlahan. Kacau lagi sehingga adunan pekat.
4) Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan 4 sehingga adunan padat.
5) Adunan boleh dimasukkan kedalam loyang atau bekas yang sesuai sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Resepi ni saya ambil dari blog kawan sekerja saya...dapurumi...boleh lah kalau sape - sape nak tengok blog ni bolehlah layari...banyak resepi yang boleh kita masak...thanks kak kin..... 

Selasa, 10 Januari 2012

Kebun Cinta


Jika kebun itu memekarkan bunga,
maka ku pastikan ia Takkan Layu Selamanya,
inilah Kebun Cinta Kita…
dimana Allah menatapnya dengan tatapan Cinta, maka bergeloralah rasa,
maka terbitlah rindu, mengirimkan getar-getar dawai hati….
Maka Berkatalah lelaki Soleh ini,
“Mahukah Engkau Menjadi Isteriku…?”

Ini adalah Impian di setiap sejarah Perjalanan hidup seorang Wanita
Di lamar
Di Pinang
Lelaki Soleh
Siapa yang tidak mahu….?
Maka biarlah sejarah bercerita tentang kita
Tentang potret lelaki soleh ini

Muhammad, Lelaki Setia disepanjang Sejarah Cinta
Seperempat abad lamanya Rasulullah SAW hidup bersama Khadijah.
Perempuan agung yang pernah mendapatkan kiriman salam dari Allah melalui malaikat Jibril ini menyimpan keagungannya begitu epik pada gabungan yang sempurna antara pesona jiwa dan raganya.
Dua kali menjanda dengan tiga anak sama sekali tidak mengurangi keindahan tubuhnya. Tetapi apa yang menarik dari kehidupannya adalah bukan kerana pemuda terhormat, Muhammad bin Abdullah, menerima huluran cintanya.
Yang lebih menarik dari itu semua adalah bahawa Rasulullah saw sama sekali tidak pernah berfikir memadu Khadijah dengan perempuan lain. Bahkan ketika Khadijah wafat, Rasulullah SAW hampir memutuskan untuk tidak akan berkahwin lagi.

Bukan cuma itu. Bahkan ketika akhirnya berkahwin lagi setelah wafatnya Khadijah, dengan janda dan gadis, Baginda tetap mengatakan bahawa Khadijah tetap tiada gantinya.
“Allah tetap tidak menggantikan Khadijah dengan seseorang yang lebih baik darinya,“ kata Rasulullah saw.
Bonda Syeikh Hasan Al Banna
Tiada nada indah yang mampu menandingi, keindahan lantunan nada-nada Cinta Allah dalam Al Qur’an.
Ini pula yang menggetarkan kalbu bonda Hasan Al Banna. Dirinya tahu Puteranya itu sudah layak berkahwin, dan yang layak mendampinginya adalah muslimah yang boleh menjadi sandaran Hasan Al Banna, ketika dakwah memaksanya untuk terhenti sejenak.

Maka aspek Ruhiyah, adalah wajib hukumnya, maka kecintaan pada Al Quran adalah parameter nilai untuk mengukurnya, maka lantunan indah tilawah quran itu adalah bukti konkrit kecintaan pada kalam illahi ini.
Dan inilah dasar pertimbangan bonda Hasan Al Banna menjatuhkan pilihan, kepada wanita itu, untuk mendampingi puteranya.
Maka sejarah mencatat, Hasan Al Banna, telah melakukan peranannya dalam dakwah, menelurkan cintanya pada Agama ini, Maka Lahirlah Ikhwanul Muslimin, Harakah Dakwah terbaik saat ini di bawah kaki langit Maka siapakah perempuan yang ada disampingnya?
Maka benarlah Firasat si Bonda..

Buah Cinta Zaid bin Haritsah
Jika ada penyimpan Rahsia terbaik, maka ini adalah orangnya Zaid bin Haritsah.
Beliau adalah anak angkat Rasulullah saw, sahabat juga orang yang sangat dikasihi dalam Islam.

Jika ada wanita yang sering Rasulullah SAW sebut-sebut sebagai Ibu maka wanita inilah orangnya
“Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda ku yang mulia wafat,
dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.”
Inilah gambaran Kecintaan Rasulullah saw, kepada Ibu susuannya itu.

“Siapa yang mahu menikahi wanita Syurga, maka Nikahilah Ummu Aiman” Seru Rasulullah SAW
Maka Zaid bin Haritsah lah yang mengangkat tangan, ketika semua tangan ragu melihat perbezaan umur yang sangat jauh, dengan Ibu susuan Rasulullah SAW itu.
Tetapi Allah mempunyai rencana lain, selisih dua generasi antara Zaid dan Ummu Aiman, mengundang kebarakah Allah, dengan hadirnya putera mereka yang bernama Usamah bin Zaid, Panglima perang termuda dalam sejarah sahabat nabi.
Di bawah bimbingan Ummu Aiman dan Zaid , Usamah membesar menjadi anak yang Soleh
Dalam rakaman sejarah, kita lihat bagaimana Usamah menangis.
Sewaktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah SAW beserta serombongan anak-anak sebayanya. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebahagian mereka diterima Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak kerana usianya masih sangat muda.
Usamah bin Zaid termasuk kelompok yang tidak diterima. Kerana itu, Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih kerana tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.
Apa yang menggerakkan si kecil Usamah untuk berperang? kalau bukan bimbingan kedua orang tuanya yang soleh

Maka benarlah ungkapan Rasulullah SAW terhadap Usamah,
“Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan, anak kesayangan).
Usamah lahir dari buah Cinta Lelaki Soleh Zaid bin Haritsah
Yang meletakkan cinta di tempat semestinya..

.
Kebun Cinta Kita
Cinta adalah kata – kata yang mewakili seperangkat keperibadian yang utuh: gagasan, emosi dan tindakan. Gagasannya adalah tentang bagaimana membuat orang yang kita cintai hidup dan berkembang menjadi baik, dan berbahagia kerananya.
Ia juga emosi yang penuh kehangatan dan gelora kerana seluruh isinya adalah semata-mata keinginan yang baik. Tetapi ia harus disalurkan dalam tindakan nyata. Sebab gagasan dan emosi tidak merubah apa-apa pun dalam kehidupan kita kecuali setelah ia menjelma jadi aksi.

Maka Ucapan
“Aku Cinta Padamu” Adalah deklarasi keperibadian, juga pembuktian diri, di hadapan Allah, dan tentunya isterimu. Maka hanya lelaki soleh saja yang mampu membuat cinta isterinya terus berkembang, dan tidak akan menyusut
Berbicaralah dari hati ke hati, dengan isterimu..

Apakah Kebun Cinta itu menjadi layu, atau mekar mewangi?
Rasulullah SAW, Zaid Bin Haritsah, juga Hasan Al Banna, telah mengukir peranan mereka sebagai lelaki Soleh di pentas sejarah
Maka saat ini adalah Giliranmu…

Adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al Quran Itu Dihukumkan Sebagai Al Quran??




Para ulama berpendapat bahawa ayat yang ditulis pada sesuatu dengan tujuan untuk mengaji atau mempelajari ayat al-Qur’an adalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuan mengaji atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. (Fatwa 31/1972).

Adapun alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk mengaji atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan ke program yang lain. (Fatwa 22/2006).

Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggung atau menyentuhnya dalam keadaan berhadas kerana sebagaimana yang telah disebutkan tadi bahawa alat-alat tersebut tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an.

Hukum Membawa Masuk Alat Perisian Al-Qur’an Ke Tandas Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk membawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.

Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al- Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut
ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempattempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat
al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas.

Ini berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj, beliau berkata:

    “Sekiranya seseorang masuk ke tandas dengan membawanya (cincin yang tertulis padanya al-Qur’an); walaupun dengan senghaja, maka sunat untuk menyembunyikannya seperti menggenggamnya dalam tapak tangan.”



Dengan mematikan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu, ataupun mengalihkannya kepada program lain sebelum memasuki tandas, maka terpeliharalah kesucian ayat al-Qur’an atau tafsirnya yang terdapat dalam alat-alat tersebut kerana
ianya tidak akan muncul ketika berada dalam tandas.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menjelaskan bahawa selain tandas, semua tempat-tempat kotor atau tempattempat maksiat dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan. Maka menurut pendapat ini, tempat-tempat tari menari, kawasan perzinaan, kedai judi, tempat yang mengamalkan
riba dan yang seumpamanya, dan termasuk juga dalam hal ini tanah perkuburan orang-orang kafir adalah sama keadaannya sepertimana hukum membawa ayat-ayat al-Qur’an ke tandas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...