Dalam konteks Al Quran, "orang sebelum kamu " merujuk kepada mereka yang menganut agama samawi.Puasa yang diamalkan oleh mereka juga berlainan bentuk dan cara perlaksanaannya berbanding umat Muhammad. Siapakah mereka dan bagaimana model puasa yang diperintahkan Allah keatas mereka?
Maryam berpuasa dengan tidak bercakap.Allah berfirman yang bermaksud," Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.Jika kamu melihat seorang manusia,maka katakanlah: Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah,maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini." ( Surah Maryam 19:26)
Puasa Nabi Daud, berpuasa sehari dan berbuka sehari secara selang seli. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun ( solat ) sepertiganya dan tidur semula seperenamnya.( Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan berbuka ( tidak berpuasa ) sehari "( Riwayat Muslim)
Adam dan hawa diperintahkan agar menjauhi buah larangan.Allah berfirman yang bermaksud," Dan Kami berfirman, 'Hai Adam,diamilah oleh kamu dan isteri kamu syurga ini, dan makanlah makanan - makanannya yang banyak lagi baik dimana sahaja yang kamu sukai,dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang zalim." ( Al Baqarah 2 :35 ).Tegahan daripada mendekati pohon larangan tersebut juga menurut sesetengah ulama termasuk dalam al - imsak ( menahan) iaitu maksud puasa dari segi bahasa.
Nasrani yang disyariatkan berpuasa 30 hari pada bulan Ramadan, namun kemudian mereka menambah 50 hari.
Sejak berzaman - zaman, puasa diiktiraf sebagai satu jalan untuk membendung nafsu dan mengendalikan hati, anggota badan,perilaku dan emosi berlandaskan panduan syariat. Tidak kira daripada apa kita menahan diri,apa yang penting ialah keikhlasan dalam mentaati perintah Allah SWT mendasari hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan