Khamis, 4 Ogos 2011

Diari Ramadan

Dalam melalui hari - hari sepanjang bulan Ramadan, mulakan diari seawal jam 4 pagi ( menurut kemampuan )

Jam 4 pagi
  • Bangun berdoa kepada Allah dengan doa," Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah mematikan aku, kepadaNya lah aku akan kembali"
  • Berniat untuk melaksanakan sebanyak kebaikan pada hari itu
  • Mandi dan membersihkan diri
  • Solat sunat taubat
  • Solat sunat tahajjud
  • solat hajat
  • solat sunat witir
  • perbanyakkan berdoa  
  • Jam 5 pagi
  • bersedia untuk bersahur
  • bersiap menunggu waktu subuh dengan membaca Al Quran atau berselawat keatas Nabi SAW
  • sembahyang sunat subuh
  • sembahyang subuh berjemaah
  • menyelesaikan wirid harian atau membaca Al Quran hingga terbit matahari. Elak tidor selepas subuh
  • Jam 7 pagi
  • membuat persiapan ketempat kerja
  • melangkah dengan membaca Bismillah dan berniat yang baik2
  • sentiasa berselawat
  • sentiasa beristiqfar
melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan bersemangat
  • Jam 10 pagi
  • sembahyang solat sunat dhuha
  • membaca Al Quran walaupun sepotong ayat
  • elakkan melakukan dosa walaupun dosa kecil
  • Jam 1 tengahhari
  • bersiap untuk solat zuhur
  • menunggu waktu sembahyang dengan berselawat
  • laksanakan solat sunat qabliyyah dan ba'diyyah
  • solat berjemaah
  • wirid 
  • Jam 4.45 petang
  • bersedia untuk solat Asar
  • solat asar berjemaah
  • laksanakan solat sunat qabliyyah
  • berwirid
  • Jam 7.00 malam
  • memperbanyaakn doa sebelum berbuka kerana waktu itu merupakan waktu yang  mustajab doa
  • Jam 7.30 malam
  • Berbuka dengan makanan manis
  • solat maghrib berjemaah
  • Jam 8.30 malam
  • solat Isyak berjemaah
  • solat sunat terawih
  • baca Al quran
  • Jam 11 malam
  • memperbanyakkan istiqfar sebelum tidur
  • baca doa sebelum tidur
  • ingatlah tidur mati yang sementara,kemungkinan kita dipanggil Allah semasa tidur
  • Ini hanya sekadar perkongsian biasa dan juga merupakan tazkirah untuk diri saya sendiri,semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan yang sebelum ini.Ingatlah bahawa inilah ramadan terakhir kita.Jadilah hidupkan Ramadan ini dengan segala bentuk amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah.....Amin....
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...