Selasa, 2 Ogos 2011

10 tips untuk sampai kepada tahap puasa Khawasil khawas

1. Menjaga pancaindera
- mata
-telinga
-lidah
-hidung
-kaki
-tangan
-anggota kemaluan

2. Qiamullail
Sabda Rasulullah SAW : " Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran,diampunkan baginya dosa - dosanya yang telah lalu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

3. Bersedekah
Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik - baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan." ( Riwayat Tirmizi )

4. Menjamu makan
Sabda rasulullah SAW : " Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solat ketika orang lain sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat." ( Riwayat Ahmad dan Tirmizi )

5. Tadarus
6. Iktikaf selepas subuh di masjid
Rasulullah SAW bersabda :" Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah ,kemudian duduk berzikir  kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat 2 rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna ."

7. Iktikaf malam di masjid

8. Mengerjakan umrah
Sabda Rasulullah SAW. " pahala mengerjakan umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala 1 kali haji."

9. Mencari lailatul Qadar
Ubay bin ka'ab berkata, " antara tanda dan alamat lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup ( Riwayat muslim )
10. Memperbanyakkan zikir,doa dan istighfar
Waktu2 yang mustajab berdoa
- waktu berbuka puasa
- sepertiga malam yang akhir
- waktu sahur
- pada malam dan hari Jumaat

Sumber : ramadan tiba lagi,wan mohd noh & Rusnah Abu samah
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...