Rabu, 6 Julai 2011

::Doa Senjata Mukmin::

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Bagi ibu2 yang mengandung, amalkanlah surah Yusof utk anak2 yang kacak n pintar. Surah Maryam utk anak2 yang beriman. Surah Luqman utk anak yang cerdik n cerdas. Surah Yassin utk memudahkan lahirkan anak.

Bagi ibu yang mengandung juga digalakkan memperdengarkan kepada bayi bacaan2 al-Quran sambil mengusap2 kan perut. Di barat, mereka memperdengarkan lagu dengan menggunakan walkman / mp3 player, sebagai seorang muslim, kita perdengarkan surah2 al-Quran, itu yang terbaik. Bagi orang barat, mereka bercakap2 dengan anak, kita sebagai muslim, amalkanlah bercakap dengan anak sambil menyelitkan bacaan2 selawat kepada bayi dalam kandungan.

P/S: Walau bagaimanapun, doa tanpa disertakan dengan amal ibadat yang lengkap serta dengan keizinan Allah SWT, tidak akan membuahkan hasil. Maka beramal lengkap, berdoa, usaha n tawakal, itu adalah yang sebaiknya. - AM
sumber:facebook-doa senjata mukmin
Semoga kita semua beroleh manfaat  dalam membentuk anak2 kita menjadi generasi berilmu yang menjadikan Allah dan Rasul matlamat hidup mereka......


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...