Selasa, 13 Disember 2011

My Anniversary - 9....

Bersama suami tersayang Syahiful bahry bin Razali....

Hari ni genaplah 9 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tercinta....terasa macam baru semalam jer perkahwinan kami...Ya Allah engkau satukan hati kami berdua bersama dengan kasih dan cinta kami kepadaMu Ya Rabb...Engkau yang menyatukan kami berdua...kepadaMu aku memohon untuk Engkau subur dan mekarkan kasih sayang kami bersama buah hati pemberianMu kepada Kami...Amin Ya Rabbal Alamin

Permata hati umi dan papa
kakak  ( Izzah Afifah )

Izzul Afiq dan Hana Humaira

Amir Hazim

Abdullah Fahmi

Permata hati umi dan papa...Umi doakan semoga anak - anak umi akan mendapat kebahagiaan dan kejayaan didunia dan akhirat...semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..anak - anak yang baik budi pekerti dan anak- anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul Nya ...Amin Ya Rabb....

Selasa, 6 Disember 2011

Hadis Palsu tentang hari Asyura



Antara hadis-hadis maudhu' yang tersebar luas :

1. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Hadis ini statusnya maudhu' (rekaan/palsu) mengikut Syaikhul Hadis Nasiruddin alBani dan pendustaan terhadap Ibn Abbas RA.
Ibn Jauzi pula menegaskan hadis ini maudhu' tanpa ragu lagi.
Imam Dzahabi juga menyebut sebagai maudhu' (rekaan).
Imam Ahmad Ibn Hanbal menjelaskan hadis ini direka oleh seorang pendusta bernama Habib bin Abu Habib.
Ibn Hibban juga memberitahu hadis ini adalah batil dan tidak halal menyibarkannya
.

2. Diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya". Hadis ini maudhu’ (palsu).(Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)

3. Daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya." Hadis ini maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al Maudhu’at,2/115.

4. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada banjir besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

Oleh: Abdul Razak bin Abd Muthalib

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharam


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. 

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...