Khamis, 21 Julai 2011

(^^)Sejarah kelahiran Baginda Muhammad SAW(^^)

KISAH AMINAH KETIKA MENGANDUNGKAN BAGINDA NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم

MAQAM BONDA NABI MUHAMMAD, AMINAH BINTI WAHAB


Cerita ini telah dirirwayatkan oleh oleh para ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah tentang cerita ketika ibu Baginda, Aminah binti Wahab mengandungkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Awal malam Jumaat dalam bulan Rejab, bermulanya Aminah dikandungkan di dalam rahim ibunya. Ketika Aminah mengandungkan Baginda, dia telah melihat banyak burung yang berterbangan di atas perutnya sebagai tanda memuliakan kandungannya. Dan burung-burung tersebut akan mencari air dari matair yang suci bersih untuk diberikan kepada Aminah bagi menghilangkan dahaga.

Kejadian ini telah diceritakan kepada suaminya Abdullah bin Abdul Mutalib, dan dia memberitahu Aminah: “Ini adalah karamah (kemuliaan) yang telah diberikan kepada kandungan diperutmu.”

Aminah juga menceritakan : “Aku telah mendengar para malaikat sentiasa bertasbih inilah cahaya penghulu segala rasul.” Dan aku melihat dalam mimpiku sebatang pokok yang terdapat padanya bintang-bintang yang terang cahayanya. Dan terdapat pada satu daripadanya yang sangat terang cahaya, mampu menerangi bintang yang lain. Ketika akumemerhatikan bintang yang sangat terang, tiba-tiba bintang tersebut jatuh ke bilikku lalu aku mendengar satu suara : “Inilah nabi penghulu segala rasul.”

Setelah Aminah terjaga dari tidurnya, dia menceritakan mimpinya kepada suami dalam keadaan gementar. Lalu Abdullah telah menyuruh Aminah berjumpa dengan seorang yang bernama Khalifah bin A’ttab yang boleh menafsirkan mimpinya. Aminah terus pergi berjumpa dengan Khalifah bin A’ttab dan menceritakan berkenaan mimpinya. Khalifah bin A’ttab berkata: “ Perumpamaan pokok itu adalah Ibrahim Khalilullah, bintang-bintang yang teranga adalah para nabi dan satu bintang yang sangat terang serta dapat menerangi bintang-bintang yang lain adalah seorang nabi yang akan muncul pada zaman ini. Dan menghancurkan berhala-berhala dan menyembah ar-Rahman. Seterusnya gugurnya bintang itu dibilik kamu maksudnya: Ialah apabila kamu melahirkannya nanti akan berada ditempat yang tinggi(darjatnya) dan berkembang ditimur dan dibarat akan hujjah-hujjahnya. Maka selepas itu Aminah balik kerumahnya dalam keadaan gembira yang amat sangat dengan tafsiran itu.

Suatu hari Abdullah jatuh sakit dan kemudian wafat di Madinah ketika umurnya baru mencecah 18 tahun, ketika itu Aminah baru mengandungkan Rasulullah enam bulan -diriwayat oleh al-Hafiz Solahhuddin al-A’laie.

Dan ketika Abdullah wafat, semua malaikat sangat terkejut dan terharu seraya mereka berkata: Wahai Tuhan ku kenapa Engkau jadikan nabi serta kekasihNya dalam keadaan Yatim?.Maka Allah telah berfirman kepada semua malaikat: “ Wahai malaikat-malaikat ku, aku adalah yang paling utama menjaganya lebih dari ibu dan bapanya, dan aku yang mencipta, memberi rezeki dan mendidiknya.

Ketika Aminah mula-mula mengandungkan Rasulullah, perutnya sentiasa bercahaya.
Aminah telah menceritakan : Ketika awal bulan rejab, didalam mimpiku telah datang seorang lelaki yang cantik wajahnya dan harum baunya dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Selamat datang, selamat datang wahai Muhammad. Maka aku bertanya: Siapakah kamu wahai tuan? Maka katanya: Aku adalah Adam. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai bapa manusia? Berkata Adam: ‘Bergembiralah wahai Aminah dengan penghulu segala manusia, dan yang akan membelah bulan, dan batu akan memberi salam kepadanya dan pokok bersegera memberikan khidmat kepadanya’.Kemudian dia pun pergi

Bulan kedua: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang sangat besar tubuh badannya dan tinggi serta dia menunjukan tangannya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai Rasulullah, salam sejahtera keatas mu wahai yang dimuliakan Allah, salam sejahtera keatas mu wahai yang bersih di dalam pemeliharaan Allah. Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku Syith. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Syith? Berkata Syith: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan nabi yang mulia, penghulu yang agung, Dan Dhob (biawak padang pasir) akan bercakap dengannya dan batu turut memberi salam kepadanya’.Kemudia dia pun pergi.

Bulan ketiga: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang tenang serta yang nampak padanya kehebatan dan kegerunanannya, memiliki cahaya yang bersinar-sinar dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai yang berselimut,.Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah Idris. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Idris? Berkata Idris: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan ketua para nabi, permata yang berharga dan dia yang sentiasa bertasbih dan mensucikan Allah’. Kemudian dia pun pergi.

Bulan keempat: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang berkulit hitam manis serta terserlah ketampanannya dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai yang benar, Salam sejahtera keatas mu wahai yang sesuci kejadian yang diciptakan Allah. Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah Nuh. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Nuh? Berkata Nuh: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan seorang nabi yang manis, yang membawa kemenangan dan pembukaan serta kebijaksanaannya yang tersebar luas’. Kemudia dia pun berlalu.

Bulan kelima: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang gagah, cantik wajahnya dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai penghias rasul-rasul, Salam sejahtera keatas mu wahai ketua orang-orang yang bertaqwa.Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:Maka katanya: Aku adalah Hud. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Hud? Berkata Hud: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan seorang nabi yang beruntung/bertuah, yang membawa kemuliaan dan kebesaran’. Kemudia dia pun berlalu.

Bulan keenam: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang tinggi tubuh badannya serta bercahaya-cahaya wajahnya dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai kekasih yang dikasihi, Salam sejahtera keatas mu wahai yang sangat disukai.Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah Ibrahim. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Ibrahim? Berkata dia: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan seorang nabi yang agung lagi mulia’. Kemudia dia pun berlalu.

Bulan ketujuh: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang sangat tampan dan bercahaya wajahnya seperti bulan purnama serta dia menunjukkan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai yang bersih jiwamu dengan tuhanmu, Salam sejahtera keatas mu wahai yang sangat besar kemuliannya.Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah bapanya Ismail . Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Ismail? Berkata Ismail: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan seorang nabi yang mempunyai keturunan yang mulia dan memiliki lidah yang fasih’. Kemudia dia pun berlalu.

Bulan kelapan: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang tinggi sambil berdiri serta kacak rupanya dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai imam yang mulia. Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah Musa bin ‘Imran. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai Musa? Berkata dia: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan seorang yang akan diturunkan al-Quran padanya dan ar-Rahman berkata-kata dengan nya ( iaitu Muhammad nanti akan mendengar kalam Allah tanpa suara,huruf dan bahasa ), serta mencantikkannya dengan aqidah, syariat dan akhlak’. Kemudia dia pun berlalu.

Bulan kesembilan: Telah datang kepada aku seorang lelaki yang memakai pakaian sufi (berbulu binatang yang tidak berjahit) serta memiliki sifat-sifat sufi yang sejati (zuhud, tawadhu’ dan lain-lain) dan dia menunjukan tangan nya kedadaku seraya berkata: Salam sejahtera keatas mu wahai secantik kejadian serta yang menjelaskan kebenaran.Bertanya aku: Siapakah kamu wahai tuan?:maka katanya: Aku adalah ‘Isa bin Maryam. Maka aku bertanya: Apa yang kamu mahu wahai ‘Isa? Berkata dia: ‘Bergembiralah wahai Aminah kerana kamu telah mengandungkan semulia-mulia nabi dan yang besar rahmatnya’. Kemudia dia pun berlalu.

Dan apabila tiba 12 Rabi’ul awal hari Isnin, Abdul Muttalib telah keluar dari rumah Aminah bersama dengan anak-anaknya dan tiada seorang pun bersama Aminah ketika itu. Abdul Muttalib mengunci rumah tersebut agar Aminah tidak diganggu oleh sesiapa pun. Berkata Aminah: Ketika aku tinggal seorang diri aku merasakan ada sesuatu yang bergerak antara langit dan bumi, ketika itu muncullah satu malaikat yang besar membawa tiga bendera, bendera pertama diisyaratkan ke timur, kedua ke barat, ketiga ke Baitul Al Haram (Makkah). Dan ketika malam itu aku merasakan seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari perutku, maka aku menangis kerana tiada sesiapa pun bersama aku ketika itu.

Ketika itu muncullah di dalam rumahku empat wanita yang tinggi dan mereka itu bersinar-sinar seperti bulan purnama, maka aku bertanya kepadanya : Siapakah kamu yang dianugerahkan oleh Allah agar datang kepada ku ketika aku bersendirian dan melepaskan kesusahan dan kesedihanku? Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku adalah Maryam Binti I’mran dan di sebelah kirimu adalah isteri Ibrahim iaitu Sarah,dan yang di belakangmu adalah Hajar ibu kepada Ismail, dan di depan kamu adalah Asiah Binti Mazahim,. Maka aku sangat gembira dengan kedatangan mereka yang menemaniku disaat aku melahirkan Muhammad.

Berkata Aminah: Ketika aku melahirkannya tidak ada kesakitan dan kesusahan lansung padaku, dan keluarnya Muhammad dari ku bersama dengan cahaya, kemudian cahaya itu menerangi ke timur dan barat.Dan baginda dilahirkan dalam keadaan bercelak, berminyak, gembira dan dalam keadaan sudah berkhatan. Dan ketika Baginda dilahirkan maka datanglah tiga malaikat. Yang pertama membawa bekas dari emas, yang kedua membawa cerek emas dan yang ketiga tuala sutera berwarna hijau dan mereka membasuh Muhammad dengan air ‘Rohiq’ (air yang sangat bersih dan likat)

Berkata Aminah: Ketika Aku sudah melahirkannya, Muhammad memandang ke langit dan mengisyaratkan dengan jarinya, maka datang lah malaikat Jibril serta membawanya terbang bersama malaikat-malaikat yang lain. Malaikat Mikail membalutinya dengan kain putih dari syurga lalu memberinya kepada Malaikat Ridhwan, dan malaikat Ridhwan berkata kepada Muhammad: Sesungguhnya Allah menjadikan kamu seorang nabi yang sangat berilmu dan bijaksana
sumber: darul-hijrah.blogspot

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...